Home » » 10 Fakta Fast and Furious 7 yang Kita Tidak Ketahui

10 Fakta Fast and Furious 7 yang Kita Tidak Ketahui

Rasa ingin tahu peminat terhadap filem Fast and Furious 7 sudah terjawab. Kini filem garapan pengarah kelahiran Malaysia, James Wan itu telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Pelbagai adegan aksi berjaya membuat penonton terkesima.

Dari pelbagai fakta tersebut, kebanyakan mempunyai kaitan dengan filem-filem sebelumnya serta perkara-perkara teknikal di sepanjang cerita ketika kita menyaksikannya di layar lebar. Ada juga beberapa fakta yang berkenaan dengan watak serta pelakonnya, namun tidak banyak diketahui oleh peminat-peminat untuk filem ini..

Jom layan.

1. Han dan Star Wars

Pada babak awal filem, kita dapat lihat Deckard Shaw (Jason Statham) bertarung melawan Hobbs (Dwayne 'The Rock' Johnson). Di situ juga kita dapat lihat sebuah arkib yang menuliskan nama lengkap Han (Sung Kang), iaitu Han Seoul-Oh.

Nama tersebut nampak diilhamkan dari salah satu watak dalam filem Starwars 'Han Solo', salah satu watak utama yang dilakonkan oleh Harrison Ford.

2. The Rock, American Football, dan Hospital
Adegan dihospital, kita melihat Hobbs yang dilakonkan Dwayne 'The Rock' Johnson sedang berehat sambil berbaring. Ketika itu terdapat sebuah tayangan pertandingan American Football di televisyen sebelum berita disiarkan.

Faktanya, tayangan di pertandingan itu mengandungi rakaman aksi Dwayne Johnson sendiri sebelum dia menjadi The Rock. Di situ, kelihatan pertandingan yang diikutinya ketika masih menjadi atlet American Football sebagai anggota pasukan Miami Hurricanes pada tahun 1993.

Nama Hospital tempat Hobbs dirawat pun diketahui berasal dari nama yang sama seperti dalam siri TV Scrubs (2001), iaitu Sacred Heart Hospital.

3. Kereta di Film Transporter

Ketika adegan pergaduhan antara Dom (Vin Diesel) dan Deckard (Jason Statham) berlaku, kita boleh melihat dua buah kereta yang pernah muncul di dua filem Transporter yang dibintangi Statham.

Kedua-dua kereta itu kelihatan berada di atas bumbung, iaitu BMW dari The Transporter (2002) dan Audi dari Transporter 2 (2005).

4. Hulk, Marvel, dan X-Men

Salah satu adegan memperlihatkan Hobbs tengah menonton acara The Incredible Hulk versi klasik. Susuk tubuh raksasa hijau itu adalah salah satu watak superhero Marvel.

Jika kita ingat pada Fast and Furious 6, terdapat dialog dari Roman yang menyebut Hobbs sebagai Hulk. Lalu ketika Hobbs melihat rakaman CCTV, orang yang bertanggung jawab terhadap kamera menyebutnya sebagai Captain America. Kemudian, apabila Tej mendapat telefon dari Hobbs, ia memberi nama Samoan Thor sebagai kenalan di telefon bimbit beliau.

5. Jordana Brewster dan Michelle Rodriguez Tak Memiliki Lesen Memandu

Di awal franchise filem, kedua-dua pelakon utamanya, Jordana Brewster dan Michelle Rodriguez tak ada satupun dari mereka yang mempunyai lesen memandu. Keduanya juga hampir tak kelihatan berada di tempat duduk pemandu kereta.

6. Toyota Supra Putih

Toyota Supra Putih yang dinaiki oleh Paul Walker pada akhir babak filem, merupakan kereta yang sama dipandunya pada awal filem pertama.

Adegan tersebut juga dihiasi oleh rakaman yang menyentuh perasaan dari filem pertama serta potongan peranannya sebagai Brian O'Conner yang akan sangat dirindui.

7. Filem Fast and the Furious Fragment Terpanjang

Berdurasi 2 jam 17 minit, Furious 7 menjadi filem yang terpanjang di sejarah franchise Fast and Furious. Perlu diketahui, empat filem pertama berdurasi kurang dari 2 jam dan mula mencapai tempoh tersebut selepas filem kelima dan seterusnya.



Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015. ZAIR13
Blogger Templates