Home » , » Buli (2004)

Buli (2004)

Buli ialah sebuah filem Malaysia yang ditayangkan pada 11 Mac 2004. Ia merupakan filem sulung arahan Afdlin Shauki dan beliau sendiri turut berlakon dalam filem arahannya ini.


Buli mengisahkan Nordin (lakonan Afdlin Shauki), seorang lelaki yang mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Dia sentiasa dibuli oleh Roy (Hans Isaac) sejak daripada sekolah rendah lagi. Apabila Nordin sudah dewasa dan sudah menjadi pereka perisian di dalam sebuah syarikat terkemuka, beliau ingatkan masalah bulinya sudah berakhir.
Dia mula mempunyai keyakinan diri sehinggalah munculnya kembali Roy, rakan sekolahnya yang tampan dan bergaya untuk berkerja di syarikat yang sama. Roy kembali menghantui kehidupan Nordin bahkan mencuri idea-idea dan hasil kerja Nordin.
Pada akhirnya Nordin berjaya mengatasi masalah bulinya dengan bantuan Dr. Ika (Nasha Aziz) dan berjaya membuktikan bahawa dia bukan seorang yang lemah.



Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015. ZAIR13
Blogger Templates