Home » , » Rock Bro!

Rock Bro!

Rock Bro merupakan sebuah filem arahan Mamat Khalid yang dibintangi oleh Khir RahmanSoffi JikanPekin Ibrahim dan Azmi Baharon. Rock Bro! merupakan kesinambungan daripada Filem Rock (2005) dan Rock Oo (2013). Filem ini ditayangkan pada 27 Oktober 2016.

Rock Bro! diceritakan melalui naratif Jijoe,  kemuncak pencapaian mereka apabila menjadi finalis Anugerah Juara Lagu, namun era rock mula  meniti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik rap dan hip-hop pada awal 90-an. Amy Mat Piah meninggalkan jawatan sebagai pengurus kumpulan Rimba Bara kerana keinginanya yang terlalu kuat untuk menjadi penyanyi Rock. Namun begitu kumpulan Rimba Bara tetap meneruskan perjuangan musik mereka..Rimba Bara menerima seorang pembantu bernama Dio.  Pada ketika ini jemputan untuk membuat persembahan mula berkurang sehingga memaksa mereka melakukan kerja sambilan bagi menyara hidup, selain  mengambil tawaran gig di tapak ekspo tani. Disaat ini hati Zul Kapan mula berbolak balik dek kerana kecewa dengan perjalanan musik kumpulan mereka. Pada ketika ini juga prestasi Black mula terjejas kerana penyakit misteri. Zul yang sudah mula bosan mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia musik dan melibatkan diri dengan kumpulan agama.
Disaat kebuntuan jijo dalam mempertahankan pejuangan misi kumpulan mereka, tanpa disangka sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur iaitu Guntor Record berminat untuk mengambil mereka sebagai artis rakaman. Peluang ini disambut gembira oleh ahli kumpulan Rimba Bara  dan mereka memujuk Zul untuk ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur mereka melawat Cik Man untuk mendapatkan nasihat dan Cik man meminta mereka untuk pergi berjumpa dengan adiknya iaitu Cik Nod. Malang bagi mereka apabila ditahan dalam satu sekatan Polis kerana disyaki memiliki dadah. Ketika dalam tahanan lokap Cik Nod mengakui dadah tersebut miliknya sekali gus membebas ahli Rimba Bara dari sebarang dakwaan.
Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Perbezaan pendapat atas beberapa perkara menyebabkan Jijo kecewa dengan apa yang berlaku. Selain itu, Keabraban hubungan Jijo dan Ella merubah sisi peribadi Jijo. Namun kehadiran semula Cik Man yang baru dibebaskan dari penjara sedikit sebanyak meredakan keadaan. Perasaan cinta Jijoe pada Ella mula membuat dia mula bersikap cemburu dan pemarah. Masalah cinta mula membelenggu disamping persaan kecewa dengan cara pengurusan syarikat rakaman, Jijoe mula memikirkan hakikat kehidupanya. Ketika majlis pelancaran album mereka, Jijoe mengumumkan hasrat untuk bersara daripada arena musik. Tindakan ini mengejutkan ahli Rimba Bara dan semua pihak. Slash menerima keputusan itu sebagai satu tamparan yang hebat kepada dirinya dan ia mula mengubah sifat kepada panas baran apabila mengambil alih Kumpulan Rimba Bara. Jijoe meneruskan kehidupan seperti biasa namun jauh berbeza sama sekali dengan rutin ketika dia bermain musik. Dia mula mengenang kisah silam yang mana perasaan kagum terhadap bakat bapanya dalam bidang seni musik. Malang padanya kerana bapanya meninggal ketika berusia 38 tahun dan ketika itu Jijo masih kecil. Ibunya telah berkahwin dengan seorang pengusaha yang telah berusia, namun kebahagiaan tersebut tidak lama apabila ibunya ditikam oleh bapa tiri dan peristiwa itu disaksikan dihadapan matanya sendiri. Bermula dari itu, Jijoe hidup bertukar tukar penjaga di rumah pusaka bapa tirinya sehingga dewasa. Menyingkap pula kisah kehidupan Slash yang dilahirkan di Terengganu. Dia berpindah ke kampung halaman Ibunya selepas tanah asal kelahiranya digadai. Nilai seni muzik rock sangat teguh di dalam dirinya namun cabaran dalam mengendalikan Rimba Bara sangat menguji. Dengan tekanan psikologi dari pihak kerajaan dan ditambah pula dengan masalah dadah yang dihadapi Ajak iaitu Bassist yang menggantikan Jijoe. Lebih mengecewakan Slash apabila Zul meninggalkan musik rock dan menubuhkan kumpulan 4URU yang beraliran Rap.


Share this article :

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015. ZAIR13
Blogger Templates